> For the complete documentation index, see [llms.txt](https://docs.shoppego.my/tutorials/llms.txt). Markdown versions of documentation pages are available by appending `.md` to page URLs; this page is available as [Markdown](https://docs.shoppego.my/tutorials/ms/overview/price-package/soalan-lazim.md).

# Soalan Lazim

## Topik dalam bahagian ini:

* [Bagaimana untuk membatalkan pendaftaran semasa Free Trial?](#bagaimana-untuk-membatalkan-pendaftaran-semasa-free-trial)
* [Bagaimana untuk upgrade Pakej?](#sekiranya-saya-ingin-melanggan-untuk-pelan-standard-and-selepas-2-ke-3-bulan-saya-ingin-ubah-jenis-l)
* [Langganan Shoppego ni bulanan ke tahunan?](#langganan-shoppego-ni-bulanan-atau-tahunan)
* [Kalau saya langgan Pakej Shoppego, saya dapat pakej sekali dengan nama domain?](#kalau-saya-langgan-pakej-shoppego-saya-dapat-pakej-sekali-dengan-nama-domain)
* [Boleh ke saya guna domain yang sedia ada atau kena register baru?](#bolehkah-saya-guna-domain-yang-sedia-ada-untuk-mula-buat-website-di-commerce-atau-saya-kena-register)
* [Boleh saya tahu harga nama custom domain ini berapa ya?](#boleh-saya-tahu-harga-nama-custom-domain-ini-berapa-ya)
* [Boleh saya tahu sekiranya saya sudah langgan plan Shoppego boleh ke saya cancel?](#boleh-saya-tahu-sekiranya-saya-sudah-langgan-plan-commerce-bolehkah-saya-cancel)
* [Sekiranya saya ingin tamatkan langganan saya, bolehke saya dapatkan refund semula?](#sekiranya-saya-ingin-tamatkan-langganan-saya-bolehke-saya-dapatkan-refund-semula)

## Bagaimana untuk membatalkan pendaftaran semasa Free Trial?

* Sekiranya anda tidak memilih Pakej Langganan semasa percubaan percuma anda, maka akaun anda akan dibekukan pada akhir Free Trial 30 hari anda.
* Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran semasa Free Trial anda tamat.
* Sekiranya anda memilih mana-mana Plan Langganan sebelum berakhirnya Free Trial, Plan anda akan bertukar secara automatik mengikut Plan yang anda langgan.

## Sekiranya saya ingin melanggan untuk pelan Standard & selepas 2 ke 3 bulan saya ingin ubah jenis langganan kepada Premium. Adakah saya perlu membayar full amount untuk langganan baru?

* Untuk proses upgrade plan dari plan Standard kepada plan yang lain, boleh pergi ke Store Plan. Di page tersebut, anda boleh pilih plan yang anda ingin upgrade.
* Anda akan dicaj harga prorate secara harian kami dimana sistem kami akan auto calculate caj prorate yang akan dikenakan kepada anda.

## Langganan Shoppego ni bulanan atau tahunan?

* Semua [Pakej Langganan Shoppego](https://shoppego.com/pricing) boleh dilanggan secara bulanan dan tahunan.
* Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk pada link ini : [https://shoppego.com/pricing/](https://shoppego.com/pricing)

## Kalau saya langgan Pakej Shoppego, saya dapat pakej sekali dengan nama domain?

* Pihak Shoppego hanya sediakan **hosting dan subdomain percuma** sahaja seperti [https://kedaianda.myshoppegram.com](https://kedaianda.myshoppegram.com./)
* Untuk domain tersebut, anda perlu beli melalui mana-mana domain provider seperti Namecheap, Godaddy, Shinjiru dan lain-lain. Untuk penetapan domain boleh rujuk [**link ini**](https://docs.shoppegram.com/commerce/ms/settings/custom-domain)**.**

## Bolehkah saya guna domain yang sedia ada untuk mula buat website di Shoppego atau saya kena register yang baru?

* Kalau tuan/puan ingin guna domain yang sedia ada, boleh sahaja tidak ada masalah. Nanti tuan/puan pointkan sahaja ke Shoppego.

## Boleh saya tahu harga nama custom domain ini berapa ya?

* Harga untuk nama domain, ianya bergantung pada nama yang tuan/puan pilih.
  * Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan nama domain itu, tuan/puan boleh contact domain provider itu sendiri.

## Boleh saya tahu sekiranya saya sudah langgan plan Shoppego bolehkah saya cancel?

* Anda hanya boleh cancel langganan plan anda untuk langganan yang seterusnya sahaja.
* Pastikan anda klik change plan pada bahagian store plan dan anda ke dibawa ke bahagian billing portal.
* Pada bahagian billing portal anda boleh klik **Cancel plan** untuk tamatkan langganan store anda sebelum anda di caj untuk langganan bulan seterusnya.

## Sekiranya saya ingin tamatkan langganan saya, bolehkah saya dapatkan refund semula?

* Anda boleh dapatkan refund untuk langganan plan Shoppego anda sekiranya tidak melebihi 14 hari dari tarikh pembayaran.
* Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pada polisi bayaran balik kami melalui link ini : <https://shoppego.com/legal/refund/>
