> For the complete documentation index, see [llms.txt](https://docs.shoppego.my/tutorials/llms.txt). Markdown versions of documentation pages are available by appending `.md` to page URLs; this page is available as [Markdown](https://docs.shoppego.my/tutorials/ms/settings/shipping/based-on-zone-poskod.md).

# Based on Zone/Poskod

Di dalam Shoppego mempunyai fungsi berbentuk poskod dan zone yang anda boleh gunakan bagi membuat cara penghataran khas untuk kawasan tertentu di dalam bentuk poskod atau zone.

Sebagai contoh anda mungkin mahu **membuat COD** di kawasan tertentu yang mana di dalam poskod tertentu sahaja.

Ini boleh dilakukan dengan menambah Shipping Zone yang baru.

## Setup Poskod

1. Log masuk ke Dashboard Shoppego > **Settings** > **Shipping** dan klik butang **Add Shipping Zones** [**https://admin.shoppego.my/settings/shipping\_zones/create**](https://admin.shoppego.my/settings/shipping_zones/create)<br>

* Masukkan sebarang nama yang mewakili Zone Name anda.
* Pilih negeri yang berkaitan atau anda boleh tick pada toggle "Rest of the world zone" untuk cipta shipping zone bagi negara-negara yang selain daripada yang anda sudah cipta shipping zone mereka yang tersendiri.
* Akhir sekali, jika anda ingin tetapkan shipping zone ini untuk poskod yang tertentu, anda boleh masukkan poskod kawasan tersebut.\
  \
  Jika ada banyak poskod, anda perlu meletakkan tanda , diantara poskod tersebut contohnya 47100,47190,47180

2. Klik butang **Save**

![](https://3359028955-files.gitbook.io/~/files/v0/b/gitbook-x-prod.appspot.com/o/spaces%2F-Lh09fNwqqta5Vj6Wr8p%2Fuploads%2Fgit-blob-f13976218fc3594061361ea9e427da2255a94d26%2FPvLOyRe6e8AYgHtrx0Oz.jpg?alt=media)

Kini zon anda telah berjaya dicipta dan klik butang **Edit** pada zon khas tersebut.

![](https://3359028955-files.gitbook.io/~/files/v0/b/gitbook-x-prod.appspot.com/o/spaces%2F-Lh09fNwqqta5Vj6Wr8p%2Fuploads%2Fgit-blob-8cb86e7a8604f555113fa133dad2a932a93d9986%2FghdjC5hd8tli4yqCTyk6.jpg?alt=media)

## Setup Rates

1. Seterusnya klik pada tab **Weight based rates**\
   \
   Klik **Add rate**

![](https://3359028955-files.gitbook.io/~/files/v0/b/gitbook-x-prod.appspot.com/o/spaces%2F-Lh09fNwqqta5Vj6Wr8p%2Fuploads%2Fgit-blob-88bc141630a7103604148a3972ffe589e7ac9627%2F-MkeGk2JsWx94bVR8QZI.jpg?alt=media)

2. Isikan maklumat penghantaran khas anda pada ruangan ini\
   \
   Pada bahagian **Name** ini kalau boleh isikan lebih detail sedikit, kerana maklumat ini akan dipaparkan semasa pelanggan membuat pilihan penghantaran nanti.\
   \
   Oleh kerana ini adalah penghantaran khas jadi anda perlu membuat satu kategori berat khas yang **tidak bertindih** dengan mana-mana shipping rate yang ada di dalam **Zone** yang lain.\
   \
   Masukkan harga yang anda mahukan dan sekiranya ini adalah COD tandakan pada kotak Cash on Delivery (COD). Sekiranya bukan, tidak perlu ditandakan biarkan ianya kosong.\
   \
   Klik butang **Add**

![](https://3359028955-files.gitbook.io/~/files/v0/b/gitbook-x-prod.appspot.com/o/spaces%2F-Lh09fNwqqta5Vj6Wr8p%2Fuploads%2Fgit-blob-2435152e27c70beee3e905fdcd609aad9e6ef9d5%2F-MkeH4OscVHstA25QBhV.jpg?alt=media)

## **Contoh**

Setting yang telah ditetapkan tadi adalah.\
\
Jika poskod yang diletakkan itu tersenarai di dalam pembelian oleh prospek maka akan keluar Zone **COD Chendering Sahaja**.

![](https://3359028955-files.gitbook.io/~/files/v0/b/gitbook-x-prod.appspot.com/o/spaces%2F-Lh09fNwqqta5Vj6Wr8p%2Fuploads%2Fgit-blob-416bdfbb61981c58b6a5c03fb995582c437ed046%2F-MkeHYVj4xBZjly1TZPs.jpg?alt=media)

Jika poskod yang dimasukkan tiada di dalam senarai, maka tiada pilihan untuk COD akan keluar.

![](https://3359028955-files.gitbook.io/~/files/v0/b/gitbook-x-prod.appspot.com/o/spaces%2F-Lh09fNwqqta5Vj6Wr8p%2Fuploads%2Fgit-blob-03c7d4aebf1e3cdbc2a782dd79703f89915a79cd%2F-MBqTXIUEirtaUx6_U4i.png?alt=media)
